About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Wednesday, December 31, 2014

Tahun Baru Masihi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum!

Ssup??! sup tulang sup ayam sup kambing. naa...kidding. (lame kert...lame!)

Apa khabar? lama giler tak menaip. maksud aku lama giler tak menaip kt sini. tipu sangat kalau nak ckp lama giler tak menaip. report fyp tu mende kalau xmenaip ye dak? maafla sbb da lama tak update (eventhough, nobody's care actually). bukan tak bukak langsung benda ni, cuma takda idea nak tulis apa. bukak, tenung, tutup balik. *macam tu la yang aku buat kt report aku. tu yg lambat siap. huahua*

ok back to the main point. disebabkan aku takda idea, laptop plak asek leg je, dan disebabkan malam ni malam terakhir tahun dua kosong satu empat, maka dengan ini saya telah mengambil keputusan untuk mengangkat hari ini sebagai tajuk entry baru blog saya! (cakap dengan nada penuh yakin)

mari kita mulakan!!

harini hari terakhir tahun 2014. malam ni malam terakhir 2014. bagi yang lahir 31hb disember harini genap umur diorg. bagi yang lahir 1hb januari plak esok masukla umur diorg. aku lahir pertengahan tahun, so aku tak tau camne rasa dia. ada ckp best, sbb ???. ada ckp tak best sbb ???. malam ni mesti ramai orang berkumpul kt dataran-dataran, padang-padang lapang, takpon mall-mall sbb nak sambut malam tahun baru. new year katanya.

aku tak taula samada aku tak tau atau aku tak faham atau aku memang taknak ambik tau langsung apa significant sambut tahun baru ni. perlu ke kita sambut? apa hukum kita sambut? ada orang pernah cakap, masa muda nilah kita rasa benda-benda macam ni. dok jauh la kita buat, explore sume benda. tapi bagi aku itu da termasuk dalam culture shock. selama 5 tahun aku kt negeri orang tak pernah lagila aku sambut new year kt sini. mungkin faktor nak exam final, dan mungkin faktor aku sendiri yang tak suka tempat bising dan bencikan orang ramai membuatkan aku tak pergi. atau mungkin jugak faktor aku malas membuatkan aku tak pergi. tapi masa skola dulu pon tak pergi jugak. padahal dataran segamat tu sekangkang kera je dengan rumah aku. tiap kali ada event kt dataran mesti umah aku jadi parking lot tak berbayar. pernahla dulu aku ikut kawan-kawan yang kengkonon nak sambut new year. tapi blom pkul 12 tengah malam aku da blik umah dah. tengok tv takpon membuta. haha. pergi semata-mata nak pergi bazar beli makanan, pastu bosan taktau nak buat apa dah.

bagi aku tak salah nak pegi tgk bunga api, sambut malam tahun baru ni. sbb aku tak tau apa hukum dia (sapa-sapa yang arif sila terangkan). asalkan tau jaga batas pergaulan, jangan buat benda yang bukan-bukan sudahla. cumanya yang aku terkilan bila tgk adik-adik abang-abang akak-akak yang pergi sambut malam tahun baru ni berpakaian yg hmmm... berpelukan di sana sini, berpegangan, dan bermacam-macam ber- lagila. kalau bukan melayu, non-muslim tu aku boleh terima lagi la. ataupun yg dah berkahwin (tapi kadang-kadang kita tak boleh nak teka diorg ni da kawen ke). takkan nak pegi tanya plak. kang tak memasal kena tempelak tengah orang ramai. dahla aku pon tak semenggah jugak. aku cuma dapat menolak dari hati je. mendoakan dari jauh supaya mereka berubah. "sesungguhnya itu merupakan selemah-lemah iman."

aku dah takda idea dah nak tulis apa.

setakat ni jelah kot. nanti ada idea update lain. azam tahun baru? tak payah la. azam tahun sudah-sudah pon tak tertunai lagi. sepatutnya pasang azam bukan tahun baru masihi, pasang masa tahun baru hijrah tu. azam nak jadi muslimin muslimat sejati. bukan azam nak cari boipren. walaupon aku pernahla buat azam camtu. bila tgk n pk balik kenapala aku buat azam bangang camtu, sendiri geleng kepala. hahahahaha

selamat tahun baru masihi kawan-kawan.

kbai.

p/s: buat azam dan tanam azam tu benda bagus. cumanya janganlah "buat mohamad azam" yang baru dan "tanam mohamad azam" yang lama. if you know what i mean.

No comments:

Post a Comment