About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Monday, July 14, 2014

untitled

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

have you ever heard of a song titled Rapuh by Opick?

"penyanyi indonesia yang slalu nyanyi lagu2 ketuhanan tu ke?"

Yeah, that one.

actually, lagu ni aku da dgr lama da. first time dgr syuib sepahtu nyanyi dlm final maharaja lawak mega 2014. bueheheheh cuma tak tau tajuk, tak tau sapa nyanyi. up until yesterday, aku kuar berbuka dgn budak hostel diorang pasang cd opick dlm kete. aku excited giler. dari tak tau sepatah haram lirik sampai la ni da boleh hapai dah.

lagu ni mmg best. bersifat ketuhanan. kalau orang yang tak mendalami maksud lirik lagu ni mungkin akan ingat lagu ni ditujukan kepada makwe pakwe. tapi sebenarnya tak. lets take a look at the lyrics:

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

tgk part chorus dia.

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

kalau orang yang tak mendalami lagu ni mmg akan ingat lagu ni utk makwe pakwe (macam yang aku cakap td). mula2 dulu aku ingat cmtu jgk (well, typical me). well in that case, let me rephrase the chorus. 

kalau utk pakwe makwe, dalam perjalanan korang kapel mesti ada pertengkaran, bergaduh. tiba satu tahap break up. rasa da tak sayang lagi. kalau tak break up pon mesti akan timbul rasa "kenapala aku kapel dgn dia ni dulu" or "macam manala aku boleh kapel dgn dia" or "cari lain kang baru tau" or something like that. and in the mean time, korang mesti ada kawan lelaki/perempuan yang lain. kadang2 bila da rapat timbul satu perasaan yang lain. tp dalam hati sebenarnya sayang kt yang sorang tu je. dalam sayangkan yang sorang tu, ada kekurangan di sana sini. macam tak mampu bg sepenuh perhatian atau masa keatas pasangan masing2. ni pemahaman aku la. mungkin itu yang ditafsir oleh orang2 yang ingat lagu ni utk pakwe makwe. mungkin.

sebenarnya konsep lagu ni sama je kalau nak compare orang yang memahami lagu ni sedalamnya, dgn orang yang tak. cuma kita tukar pasangan kita tu dgn Tuhan. kita dgn Pencipta kita ni sebenarnya macam kapel taw. Dia sentiasa ada dalam hati kita. teguh tak teguh je cinta kita terhadap Dia. kuat ke tidak pegangan ajaran agama kita, kuat tak iman kita, ada tak kita berusaha nak tambah ilmu kita. dalam perjalanan hidup kita sebagai manusia ciptaanNya mesti ada terpesong tak banyak sikit. terpesong maksud aku bukan murtad. terpesong maksud aku terbabas dari landasan yang lurus. kadang2 kita mengaku je yang kita ni orang melayu agama Islam, tp kadang2 kita sendiri tak mengamalkan ajaran Islam yang betul. itu pon dikira terpesong jugak tu. riak, takbur, itu pon terpesong jugak tu. kadang2 kita mempersoalkan kenapa macam ni, kenapa macam tu, apsal tak boleh ni, tak boleh tu, itu pon terpesong jugak tu. kena ingat, syaitan ada di mana2, sentiasa mencuba menyesatkan manusia. samada berjaya atau tak syaitan tu bergantung kepada kuatnya iman manusia, kuatnya pegangan agama dia. sbb tu dlm lirik lagu tu "meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padamu". kita tau agama kita apa, tp kita slalu terbabas. dan dalam chorus kedua pun dia ada ckp "maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya, diriMu yang bertakhta".

"da tu, apa maksud kau?"

bila kita da terbabas, kita da tersedar salah kita kt mana kita bertaubat. berdoa mintak ampun dgn Tuhan. jgn bila da diduga, kita meraung salahkan Tuhan. doa bnyk2 mintak diteguhkan iman supaya percaya dgn Qada' dan Qadar. tp jgn la pulak bila kita ditimpa masalah baru nak cari Tuhan. 

aku bukanlah "stock" budak ala2 ustazah tudung labuh bagai. dan aku pon bukanlah orang yang kuat agama. malah aku bukan lahir dalam religious family. background family aku bukanlah suatu yang boleh dibanggakan. abang aku je yang a bit lucky to get a proper religious education, itupon sbb he went to sbp agama. but that doesn't mean we can't change right? family aku da semakin ok. mak pon slalu ingatkn aku jaga solat. aku dulu pon totally upside down. dan aku pon bukanlah nak berlagak membangga diri ckp yang aku da berubah, nak berubah. tp tak salah kalau aku share kan? this is my own opinion. aku pon masih belajar. belajar meluruskan jalan hidup aku yang da bengkok. orang ckp pergilah berguru atau berkawan dgn orang yang tinggi pengetahuan agamanya, tp kalau da ada guru atau kawan yang macam tu kalau diri sendiri tak ada inisiatif utk berubah tak guna jugak kan? maka kita mula dari dalam diri kita dulu. 


and by the way, have you ever read versus? 

"novel by hlovate?"

yup. that one. cerita hidup aku lebih kurang je dgn minn. cumanya aku bukan berubah sbb wasiat siapa2. aku berubah sbb aku. bacalah. this novel isn't a typical lovey-dovey novel available kt pasaran yang orang dok buat drama kt tv skrg. aku da bnyk kali dok ulang novel ni since the day i bought this novel many years ago. sebelum aku berubah. dok ulang banyak kali sampai naik lunyai, sampai abang aku perli "berapa kali kau nak khatam novel tu?".huhuhu... 


p/s: entry kali ni lebih kepada Islamik sikit i guess. but that doesn't mean utk orang2 Islam sahaja. in case kat luar sana ada orang bukan Islam yang terbaca, the principal is the same. bagimu agamamu dan bagiku agamaku. apa yang aku tulis ni hanyalah pendapat yang keluar dari otak aku je. andai salah, maafkanlah. perbetulkanlah. sesungguhnya yang baik itu datang daripada-Nya, yang khilaf itu datang dari diri aku sendiri.

Sunday, July 6, 2014

ngeri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

iucnau8tucsuan8uisxkofyvk jhvuhsycjxkzi iuvijxiuyr9ytoiexn uchiyurcxk vujxiukorifu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

penat...susah..sakit fizikal dan mental.nak membebel pon penat.pendam dalam hati pon penat.

eh, merepek apa kan??? nak citer ni..td aku hampir terperangkap dalam opis..haha lawak giler...

cenggini citer dia... jam da pkul 5.30 ptg. aku sepatutnya balik keje pkul 5 tp disebabkan abang blom dtg so aku tunggu la setengah jam. then tepat 5.30 aku pon keluar bilik, kunci pintu, pegi toilet kejap.tiba2 dgr bunyi bos kunci pintu bilik dia.aku pon belari la konon nak kejar bos. sekali tak sempat. dia da selamat kunci pintu depan. aku rasa cam nak menjerit da mntk tlg. tp aku sempat pk "calm down dude, things gonna be alright. every problems have their solutions". then aku tepikir, pintu blkg tak pakai kunci cm pintu depan, so boleh keluar ikot pintu blkg. aku pon bukak selak, slipthrough the back door, tekan kunci dari dalam, pull the knob. then get the hell out of there. bedebor aku ngkorang tau!!! ahahaha..

serious aku tak boleh bayangkan kalau aku terperangkap takda jalan keluar dari situ. opis tu da la agak angker sket. hahaha

sampai kt tmpt biasa aku tunggu abang baru boleh relax sket. yg spoilnya, abang sampai tiba2 aku teringat yg aku blom thumb print checkout balik keje. hampeh giler...hahaha that's all.

babai.

hilang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

pernah tak korang mengalami peristiwa kehilangan? either kehilangan barang atau orang. i do. both. kehilangan barang, countless. da tak terkira, tak ingat da barang apa yang hilang. kehilangan orang, few times. most of the time, i was absent or in the situation where i'm not there.

grandparent aku tinggal sorang je. lg 3 da meninggal. sorang masa aku darjah 6. arwah atok belah abah (which we called atok panjang). that time aku da pindah johor masa pertengahan tahun. tinggal kt rumah atok belah mak which stated in the same village. few blocks away from rumah atok panjang. skola kt kampung hanya semata2 utk amek upsr. balik skola abang jemput. sampai rumah abang suruh letak je beg pastu "kua balik kita pegi rumah atas". aku pon tertanya2 mana pegi sume orang kt rumah. then sampai2 je, tgk ramai sgt kt rumah. without tears to shed, what can a 12 years old girl can do?

a year past, da pindah segamat masa tu. abah dpt call atok belah mak (which we called atok gemok) had past away. aku tgh makan, mak kt dapo, adik tgk tv, angah kt kolej, abang kt penang. and yup, that day was school day. terkedu, hilang selera makan, tiba2 mata berlinang. mak da pengsan. sampai rumah atok gemok, everyone were shut. no cries, no sobbing, no talking. just silence fills the house. feels the sadness, but not much. don't know why. maybe i was born with no feelings like sadness i guess.

few years back, i was a freshman at unimas. final exam, first semester. balik exam, da maghrib (sarawak maghrib awal). npon aku abes bateri. luckily, abang ada simpan no salah sorang housemate aku (our residential college sorta apartment-like). bila aku tak dapat dihubungi, abang call amy. that time abang  ckp slow je. takot aku terkejut barangkali. news on my grandma's death (nenek belah abah, the one we called nek mi). aku tak rapat dgn arwah, tp aku mmg nak sgt rapat dgn arwah. tp hajat aku tak kesampaian. sepatutnya kalau kita tak rapat dgn seseorang, then we shouldn't feel anything right? or at least terasa sket la. tp aku rasa betul2 kehilangan. and the third death happened in my family, that's the first time i cried out loud. cried in my conscious, cried in my sleep. nak balik, tp abah tak bg sbb tgh exam.

ketiga2 kehilangan aku alami di mana aku tak ada kat tempat tu, waktu tu, tanpa sempat mintak ampun, mohon maaf. bnyk dosa aku kt arwah. sekarang aku hanya dpt sedekahkan doa2 je supaya roh mereka dicucuri rahmat.

few days ago i got a nightmare. my mom died. aku tgh praktikal (like right now). angah tepon soh balik kampung. hulur kt aku sepucuk surat. feels like real. tersentak matahari da keluar.  i even cried in my sleep. bangun2 kesat airmata. nak call mak tp krdt plak abes. ajk abang balik kampung, tiba2 msg masuk from mak. thank GOD. thank you Ya Allah.. satu2nya moment yang aku takkan dapat tahan adalah bila kehilangan orang2 yang paling aku sayang, mak and abah and my siblings. aku cuma berdoa, berharap aku sempat berbakti pada diorang, balas jasa, budi diorang selama melahirkan, membesarkan, menjaga, bg aku pendidikan. berharap aku sempat mintak ampun maaf kt diorang before diorang pergi ataupun aku sendiri yang pergi menghadap Illahi.

Doa kesejahteraan keluarga:

ربنا هب لنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين واجعلنا للمتقين اماما

"Wahai Tuhan kami, anugerahkan kepada kami pasangan-pasangan 
dan zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, 
dan jadikanlah kami imam / ikutan bagi orang-orang yang bertaqwa. 
Ya Allah.... 
Jadikanlah pasangan kami... 
Pembantu kami dalam melakukan ketaatan kepada-Mu... 
Kekalkanlah kasih sayang kami hingga ke syurga-Mu... 
Tunjukilah kami jalan keluar .... 
Terhadap masalah-masalah yang kami hadapi .... 
Hanya kepadaMu tempat kami mengadu ... 
Engkau Maha Berkuasa membuka hati-hati manusia... 
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh... 
Lembutkanlah hati-hati mereka ... 
Masukkanlah Nuur HidayahMu ke dalam hati mereka... 
Ya Allah , 
Ampunilah dosa kami di atas kelalaian kami dalam mendidik mereka mengenali-Mu... 
Jauhkanlah mereka daripada pengaruh-pengaruh... 
Yang merosakkan akhlak dan aqidah mereka... 
Jauhkanlah mereka daripada kawan-kawan yang jahat ... 
Kurniakanlah kami kekuatan untuk terus menasihati dan mendoakan mereka ... 
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa menunaikan solat ... 
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa ringan melakukan ketaatan kepada-Mu ... 
Jadikanlah mereka zuriat yang sentiasa mendoakan kami ketika kami berada di dalam kubur...."

Doa kesejahteraan ibu bapa:


kepada yang kehilangan, sama ada dah lama atau baru2 ni, aku ucapkan takziah. sedekahkan la Al-Fatihah buat mereka yang dah pergi. kita yang hidup kena teruskan hidup, selagi Allah belum tarik nyawa kita.

*Daripada Dia kita datang, Kepada Dia kita kembali*


Wednesday, July 2, 2014

kisah aku, abang, motor dan bulan ramadan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

orang ckp, kalau bwk motor tak sah kalau tak jatuh, tergolek, eksiden etc... at least skali la... aku pon ada pengalaman jatuh motor jgk. 1st time jatuh motor masa kt sekolah memandu time nak amek lesen dulu.masa tu form 4 kalau tak silap. betaun2 bwk moto tak penah jatuh tiba2 kt situ plak jatuh.. haha.. dua taun lepas jatuh motor dgn adik, aku yg bwk. turun bukit berlubang berbatu, tiba2 ada makcik bwk motor ni laju je naik bukit. nak mengelak makcik tu, nak mengelak lubang batu tu, aku pon hentam pokok getah orang.. hewhewhew... paling latest kes semalam. semalam hari ketiga bulan Ramadan 1435H. tragedi lg. first time jatuh motor dgn abang. abang bwk aku bonceng. balik keje, balik bazar, nak balik buka kt rumah, nak masak. masa tu da pukul 6.30 pm (sempat tgk jam lg.huh!). suka2 sgt bwk moto main2 sekali tegolek kt selekoh kebun toreh org. dua2 tersagat kt jln. abang luka teruk. tak keje dia malam td. aku luka sikit je, cuma seluar koyak sikit. air tebu satu bungkus bocor. motor tesadai dlm semak. da la baru lepas hujan, jln berbatu berpasir. kesian kt abang laa. aku ajk pegi check skali anta aku keje(praktikal) dia tak nak. ntah malam ni keje ke tak agaknya. pagi td pon slow je bwk moto.

abang yg selama ni bwk motor macam hape pon boleh tegolek. tegolek dgn aku plak tu. huishhhh

aku tak da luka terok2. calar balar sikit la kt tgn ngan kaki. masa jatuh tu tak rasa apa2. balik rumah siap masak baru rasa sengal kt kaki ngan tgn. tula, semalam eksyen. abah tnya ada sakit luka kt mana2 tak ckp takda. belagak kuat. arini amek kau. nak angkat tgn kiri tinggi2 pon nk kena ampu dgn tgn kanan. kaki da nmpk bengkak.

bulan ramadan bulan yang mulia. pahala berganda, doa diterima. tp kalau kau buat benda tak baik, Allah balas cash je kt kau. sentiasa la beringat. jgn asek nk main je tak kira masa. aku ngan abang da dpt pengajaran dia. anda yg kt luar sana tu jgn tunggu da jadi baru nak amek pengajaran. jadikan pengalaman orang lain sebagai iktibar bg diri sendiri jgk.

dokter ada kt klinik pukul 12.

jam baru pkul 11.22..

tangan da start bisa2..

perut da nyanyi lagu rock.

waktu berbuka jauh lg.

lambatnya masa berlalu.................................................

Tuesday, July 1, 2014

dugaan puasa kedua

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

*haaa..agak da berapa hari kau tak jejak jari kt sini kert?? kata nak tulis 3-4 entry sehari. tp ni 3-4 hari satu entry pon susah nak nmpk. apakah???*

oh ya..sebelum tu, da 3 hari kita berpuasa kan? Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak.

tgk org cerita pasal puasa aku pon nak cerita jgk la kannn... aku tak ingat bila aku mula belajar berpuasa. seingat aku masa tu aku belum sekolah, dan masih menetap kt PD. ingat lg mak buat donat, tinggal bape jam je lg nak buka da ngap donat tu. ekekek. biasalah, baru nak blaja puasa. tp harini aku bukan nak cerita pasal mula2 aku blaja puasa bagai, aku nak cerita pasal semalam punya cerita yakni hari kedua puasa tahun ni.

macam biasa, abang amek aku balik keje. singgah la kt bazar ramadan. beli karipap ngan donat sambal pastu abang tarik aku ajk try nasi beriyani kt gerai kt tanah lapang depan sana(kalau aku ckp tmpt pon belum tentu anda semua tau ye dak?). aku on jela. sampai kt sana, tgk lauk mcm sedap. harga pon standard la beriyani ayam rm7, daging rm8. tp yang mendukacitakan nya tu, kosong. nasi dan ayam. takda dalca, takda kuah. tak tau la kalau mmg takda kuah dalca tu atau pon makcik tu terlupa letak. hurm..

tiba masa nak buka,

"td kau borak dgn nenek kan, nenek masak apa buka?"

"tuka asam pedas"

".............(sambil senyum2)"

"apahal?nak mntk kuah la tu"

"pandai. pegi mntk kuah weyh, abang nk kuah je. ckp kt nenek tak nak isi lauk. kuah saje. bwk mangkuk biru tu"

"whatta?da agak da mesti aku yg kena gi mntk"

dan dgn tebal mukanya aku pegi mntk kuah kt rumah nenek. (note: rumah nenek dgn rumah aku seberang parit je). 

malu yaa amattt.... nmpk sgt anak dara balik keje tak masak mntk kuah kt rumah nenek padahal da beli makanan utk buka. bedabel2 la malu tu...Ya Tuhan....

huhuhuhuhuhhhhh

well, past is past. nasi dgn ayam tersebut da selamat da pon dlm perut kami..hewhewhew...

abang, if you happen to read this entry even once, i swear. aku takkan ikot ckp kau pegi mntk lauk waima kuah skalipun kt rumah nenek atau rumah sapa2. kau nak pegi mntk sendiri. huh!!

and that's that's..pengajaran, kau penat macam mana skalipun, balik keje mesti masak. jgn berharap lauk kedai je. tak kira la kau laki ke pompuan.

babai.