Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum….
betul la apa yang member aku cakap. pesbuk sekarang da jadi platform utk orang berniaga online (termasuk aku suatu ketika dahulu). da hilang status2 best. digantikan dengan promotion barang2 jualan atau perniagaan. aku nak post status pon rasa cm tak best da. so dengan ini aku decide tak nak post status lg la kt situ. aku akan jarang online fb (TIPU!). aku akan aktif berblog sahaja (ntah ye ntah tidak). akan ada 3-4 entry dalam sehari (arr, maybe not).
"kau nak deactivate pesbuk ke?"
".................."
mungkin tak. tak mungkin. aku tak kan deactivate. fb aku masih kekal aktif, cuma tak seaktif dan tak semeriah dulu (meriah dgn sampah status update). lepas ni wall fb aku cuma akan ada sesekali status update, share video/article/apa2 mak nenek. aku tetap akan bukak fb, tp hanya sekadar scroll ke bawah, like satu dua status kawan, atau check noti (ye ye je kau).
"abeh meniaga kau cemana?"
meniaga aku masih on. tp aku jual dkt kawan2 yang kenal. yang dekat2. as example, pesta konvo. dan tempahan kecil-kecilan. kt fb dulu pon aku promote je. aku tak jual via post pon.
tu je la nak bgtau. aku akan kurang/jarang post kt fb lg lepas ni. papehal sila contact aku kt gmail, yahoo, npon, via msg, wasap, wicet, takpon kol je tros. babai.
oh ya.. aku juga bakal menyepikan diri dalam rumah (membesorkan badan) buat seketika atas sbb2 tertentu.
Tuesday, June 17, 2014
rumah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum….
ni semalam punya cerita.....
.
.
.
.
td aku ikot abah g rumah cik mie (pemberitahuan: cik mie adalah adik sepupu kepada abah, secar automatiknya dia pangkat pakcik dengan aku). macam biasa rutin aku hari2 praktikal ni, balik opis, masak, iftar (hari ni puasa), dan seperti malam2 sebelumnya lepas isyak je mesti aku da ngantok. tp disebabkan bosan, aku gagahkan diri ikot abah. abah tolong buat rumah cik mie. aku pon tolong jgk. kononnya tolong ngecat, last2 tolong tengok. pastu ngadu kt abah ngantok. ha.ha. rumah ni 85% siap. tinggal cat, pasang tingkap, pasang pintu. then siap. ok tipu. aku pon tak tau nak ukur percentage siap dia berapa. hahahahahahha.
ni la mereka2 yg tgh bersusah payah. yang baju kelabu tu cik mie.
tgk rumah orang besor aku pon teringin nak rumah besor jgk. niat aku skrg satu je. habiskan blaja, cari keje, belikan mak abah rumah sorang sebijik which i will have my own room in each house. gyaahahahhaha mimpi besor eh aku... InshaaAllah...
hajat tu aku pernah utarakan kt abang (as usual aku akan consult abang terlebih dahulu). abang ckp baik beli tanah. boleh buat rumah bentuk cemana pon nak, segi tiga, bulat, pyramid. ok tipu lg.abang tak ckp cmtu, aku yg exagerate lebih. huhu. aku nak beli rumah siap je senang. nak renovate bagai blkg citer.
eh, sembang kencang la kau. habiskan blajo dulu. da la extend. berangan lebih plak. dahla.
.
.
.
.
.
oh, lupa plak. aku ada bnyk kucing. salah satu drpd mereka namanya 2π (sebutan tupai). seperti nasib yang menimpa abang2 dia sebelum2 ni, semalam dia da mati. kena makan dgn ular sawa yang sampai ke harini masih menyorok dlm kolam tilapia kt blkg rumah. arwah cantik kucingnya. lepas ni takda da baka camtu lg. 2π yang last. kucing kesayangan abah.

Sunday, June 15, 2014
HARI BAPA
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum….
Nama aku kert. lahir pada 2 mei tahun kambing selepas seorang perempuan bergelar mak sanggup mengandungkan aku 9 bulan 10 hari (ok, tipu.mungkin lebih) dalam perut dia. hasil perkongsian benih seorang lelaki bergelar abah. aku bukan anak kesayangan apatah lagi anak manja. aku cuma anak ketiga daripada 4 orang adik beradik yang jarak umur mereka jauh. aku tak dpt bulat2 apa yang aku mintak. aku hanya dpt lepas aku berusaha keras buktikan yang aku berhak. bukan dengan cara berguling2 atas lantai pasaraya atau koridor supermarket atau tgh jalan raya. dari kecik aku diajar macam tu.
abah dulu panas baran. dlm sejarah adik beradik aku takda yang tak penah kena sebat. semua berlainan style. abang aku dgn batang payung, akak aku dgn getah paip, aku dgn tali pinggang, adik aku.............. hurmmm (hilang ingatan kejap)... nnti aku tulis kalau aku ingat dgn apa. kitorang tak berani melawan abah sbb bila dia bulat mata je semua lari nyorok. tak pun mata bergenang dgn air..huhu penah dulu masa kecik aku kena sebat sbb lintas jalan nak ikot abah g kedai. masa skola menengah pon aku penah kena tampar depan bilik pengetua dimana mata2 saksi yakni cikgu2 menyaksikan aku kena tampar dalam uniform biru kasut hitam sbb henpon kena rampas. sakit tu tak rasa masa tu, tp malu dia....... lg sakit dari tamparan tersebut (perhatian : aku bukanlah seorang pelajar yang mengikut peraturan). sekarang abah da tak macam dulu. panas baran dia da reda. mungkin sebab abah da berusia, atau kami da membesar, atau mungkin sbb abah da malas, penat nak marah2 lagi macam dulu.
usia menginjak 17 tahun dimana aku menyaksikan kisah paling duka dalam keluarga kami. masa tu nak spm. tp aku bukan nak cerita pasal tu sekarang. not now, nor ever (tiru ayat dalam citer merlin.hoho). aku habis matrik abah pencen. masa tu adik baru masuk tingkatan 2. aku ckp kt abah aku tak nak blaja lg. tp......... and now here i'm am (kalau tak kena paksa dulu aku tak tau sekarang aku tgh buat apa). kerja abah cuma menoreh getah je masa aku nak masuk uni dulu. yuran pertama aku, duit getah. belanja, tiket flight pertama aku, hasil tolong abah kutip getah buku kt kebun pilah (masa tu harga getah mahal lg). kami bukan orang senang. aku tau tu sbb tu aku tak penah mntk abah laptop, sebaliknya netbook 1malaysia yg adik aku dapat aku heret pegi uni. tu pon masa sem 2. stop, cerita ni bukan pasal aku.
cerita ni pasal abah. abah bukan la seorang lelaki yang mudah tunjukkan perasaan dia as in saying "abah sayang anak abah", "intan payung abah", "abah risau anak abah pegi jauh2", tak. abah bukan lelaki yang macam tu. abah lelaki yang dulu dukung aku, lelaki yang akan suruh abang tny aku da makan blom, lelaki yang akan suruh abang tanya aku sehat ke tak, lelaki yang akan suruh abang tanya aku ada duit lg ke tak, lelaki yang mengajar aku main volleyball, lelaki yang tak akan tunjukkan perasaan dia melalui kata2. aku tau abah takda pesbuk apatah lg blog. tp aku saje je nak tulis kt sini. supaya aku boleh baca banyak kali supaya aku boleh setiap masa menghargai lelaki bergelar abah. orang kata perempuan sekarang boleh hidup tanpa lelaki. siapa cakap perempuan tak perlukan lelaki dalam hidup? tanpa lelaki kau belum tentu lahir, tanpa lelaki aku belum tentu wujud menaip entry ni. hidup aku dikelilingi lelaki2 yang awesome. dan aku sangat appreciate diorang.
hari tu hari jadi abah. aku takda duit nak belikan hadiah. tp aku ada baucer buku. pegi kedai, pandang abang. abang cakap sukati. beli la pape asalkan ko ikhlas. aku mungkin mewarisi sifat abah yang susah nak luahkan perasaan (kalau luahkan pon mungkin masa tu da terlambat). balik rumah aku bg je abah barang tu. tanpa berbalut cantik, tanpa ucapan selamat hari jadi, tanpa kata2 manis "semoga panjang umur, saya sayang abah" yada yada yada... tp aku tau abah tau maksud dan niat aku. dan aku tau abah sgt menghargai barang tu sbb kalau hilang sebatang mesti dia tny semua orang dlm rumah termasuk adik aku yang terpinga2 tak tau pape. hari ni, diorang ckp hari bapa (aku mmg tak penah ingat tarikh2 ni. birthdate sendiri pon slalu lupa). tp bg aku hari2 hari ibu bapa. for those yang masih ada both, hargai mereka. never took them for granted. for those yang da takda salah sorang, or both, aku ucapkan takziah. jangan lupakan sedekahkan Al-Fatihah dan surah2. bg yang senasib dengan aku, masih perlu hargai diorang walau apa pon salah diorang masa tu. ingat, tanpa diorang siapa korang sekarang.
untuk lelaki2 kt luar sana yang bergelar bapa, ayah, papa, daddy, abi, walid, selamat hari err...apa2 je panggilan yang anak anda panggil.
dan untuk lelaki bernama Nordin bin Ahmad.
selamat hari abah, abah.
erghhh...mata nak bocor la plak. jari pon nak cramp ni..urghhhhh...

Thursday, June 5, 2014
cerita pasal hati part II
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum….
Ssup?? Aritu aku tulis Cerita
Pasal Hati right? Which that I just copied from someone else’s blog..huhu…
Arini aku tulis Cerita Pasal Hati Part II plak. Yang ni aku karang sendiri.(sementara
aku menunggu xampp install balik kt laptop aku ni.sakit hati betul aku dgn
database ni.kenapa la aku kena blaja benda2 ni.nyusahkan btol!).
Ok back to the topic. Yup. Yang
lepas tu mmg aku kopi pes je dari blog org lain. Sbb aku tgh patah hati, dan
kecewa dan sedih dan yang sewaktu dengannya. Selalunya kalau aku tgh sedih
gembira marah stress kecewa dan bermacam-macam perasaan lagi aku akan buat satu
tabiat ni (yang mana aku mmg xtau nak buang cemana) iaitu makan. Yeah. Aku mmg
suka makan. Tak kira masa. Tak kira hari. Tak kira situasi. Tak kira perasaan.
Slalu orang kalau tgh sedih kecewa marah takda selera makan (yang sebagaimana
aku selalu nmpk la) tp aku bernafsu makan tak kira masa. Tapi, disebabkan waktu
tu aku kt opis, dan aku teringin sgt nak makan kek, aku kt opis,
takda kenderaan, kedai kek pon aku tak tau kt mana, so aku pendamkan niat
tersebut dengan menggoogle gambar2 kek dan secara tiba-tiba tanpa sedar aku
telah menaip perkataan “jodoh” kt search engine tu. Agak tertarik dgn satu link
ni, aku pon secara selamba mentadak klik link tu da walaaa..link tersebut
adalah link kepada blog yg aku copy isi dalam dia.huuu
Eh, kenapa aku kecewa dan tetiba
cerita pasal jodoh ni?? Sbb aku mmg tgh kecewa. Frust. Frust sbb orang yang aku
suka da tunang. Sobs… Cemana aku boleh tersuka dia ek? Ntahla. Aku pon tak tau
cane aku boleh suka dia sbb aku ni jenis yang susah nak suka kt lelaki. Tak
caya? Boleh tanya akak aku, tak pon tanya Pqa(mak hayam) selama dia kenal aku
dia penah nampak tak aku berboipren or menggedik dgn laki. Letak la laki nsem
mana pon, aku susah nak ckp dia nsem sbb aku tak tau mana letak nsem dia tu.
Tapi dia ni exception. Nak kata dia nsem, tak, biasa je. Even Pqa sendiri ckp
dia tak nsem. Apa sbb ntah aku suka dia. Well, everything is about feelings and
heart right? (Eh betul ke ayat aku ni?bukan hati bahasa omputih liver ke?)
Sambung… Aku suka dia dari skola.
Ye dari zaman skola. Kami sama umur. Tp kelas lain2. Selama ni aku takda
keberanian nak ckp aku suka dia sbb time skola dia kapel dgn kawan aku. (Takkan
nak caras boipren orang kan? Kawan aku sendiri plak tu!) Bila aku masuk uni,
aku dgr dia da clash dgn kawan aku tu. Walaupon tak patut dan tak baik doakan
yang tak baik kt hubungan orang lain tapi aku happy giler bak hanggg~ tp masih tak berani nk ckp aku suka kt dia
(what a loser…) sbb aku asih blom kompem yang perasaan suka aku kt dia tu suka
as friend or suka as cinta or suka tgk je (alasan.huh!). kami masih contact
with each other, wasap, fb, wechat, kengkadang mesej. Pernah gak bg hint
ala-ala joking tp dia macam tak paham, takpun buat-buat tak paham takpun lambat
pickup. Bila tanya taknak cari gepren baru ke, nak focus keje katanya. So aku
pon senyapla. Takkan nak paksa orang. That time aku kompem yang dia masih
single until that bloody day di mana aku mendapat keberanian nak ckp (atas
sokongan dan galakan kawan aku) then aku pon ckp. Tapi tiba-tiba dia ckp dia da
tunang. Sedih giler…. Tanya bila dia ckp kelmarin. Dengan sapa, dia ckp aku tak
kenal. Bhaaaaaa…….gugur jantung aku baca msg je cmtu. That’s the end of our
story. Ye, kami masih kawan. Plus dia sendiri ckp takkan tak nak kawan lagi
hanya disebabkan satu ‘luahan perasaan’. Sedih. Memang sedih, kami masih
contact each other, tp mungkin da tak sekerap dulu. Dia tunang orang skrg kot.
Giler kau nak kacau tunang orang?? Mungkin jugak aku akan berhenti terus dari
contact dia. Who knew? Kang mau tiba-tiba time aku msg dia time tu jgk la
tunang dia ada kt sblh, tak pon baca msg dari aku kang ditanya siapa cane nak
menjawab? Better safe than sorry bro.. And that’s the story of my heart yang
macam ntah hape-hape. Bagi aku dia tetap kawan aku even tak contact lg. Prinsip
berkawan aku satu je, sekali aku berkawan, kau tetap kawan aku walaupon
bergaduh teruk tahap dewa skalipon, walau kau da putuskan hubungan dgn aku
skalipon, walau kau da tak ngaku aku kawan skalipon, walau kau cari aku time ko
susah je skalipon, aku akan tolong yang termampu, sbb kau kawan aku. So kalau
engkau terbaca blog ni Mr High-School-Crush, ketahuilah bahawa kau tetap kawan
aku even aku tak contact kau lg dan aku akan sokong kau tak kiralah apa pilihan
kau buat dalam hidup kau sbb kau tetap kawan aku (walaupon sbnrnya aku harap
sangat sangat sangat kau tak baca blog merapu ni.ahaks!~).
Ye. Mmg aku sedih, agak frust, tp da mmg
bukan jodoh aku dgn dia, nak buat cane kan? Mungkin ada hikmah disebalik
perkara ni terjadi? Kan ke Allah SWT da tentukan jodoh setiap hambaNya. Jadi
tunggu jela. Kot jodoh aku dgn org yang dekat dgn aku jgk ke, tak pon org yg
aku tak kenal tp tetiba tgh jalan belanggar dan ditakdirkan dia jodoh aku? Who
knew? Bukan ke jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan? Jadi nak kecewa
bagai nak rak buat apa? Takda gunanya. Aku sedih tp takda la sampai nak meratap
waima menangis setitik airmata pon tak. Maknanya apa? Maknanya cari
sendiri..huhu. Dala, aku da penat menaip. Nak sambung buat coding yang
mengarut. Dala xampp da install uninstall install uninstall bnyk kali pon masih
tak elok2 jgk ni. Esok nak present kt bos cane ni??? Gilerr btol.. Aku mmg fail
bab database ni. tak tau cane dulu boleh lulus dengan jayanya(setelah amek dua
kali.haha). Menyampah sampai satu tahap nak muntah ngadap mende ni. Mata plak
da layu padahal baru lepas minum nescaffe baru tu. GRRRRRR!! Dala. Kbai.
*giler…gilerr..nescaffe baru tu
sedap la weyh.siyes tak pait langsung.rasa cm gula2 kopiko capucino*
Tuesday, June 3, 2014
cerita pasal hati
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
Assalamualaikum..
Ssupp?? lama xmenaip nih.hoho
Title agak cliche.pasal hati.knp dgn hati aku?ada peyakit ke?sakit hati ke?ke hati yang kotor dan tips utk membersihkan hati?
Bukan. aku pon xtau macam mana nak terangkan..ini berkaitan jodoh, so secara automatiknya mesti ada kaitan dgn hati kan?
Go take a look.. ^_^

disebalik kisah surah An-Nahl ayat 92 berkaitan jodoh.
Ada seorang hamba Allah ini. Dia keliru dengan cintanya. Dia amat sedih sekali. Insan yang dicintai sekian lama tidak juga kunjung tiba untuk melamarnya. Insan lain yang tidak pernah dikenalinya pula datang merisiknya. Dia tidak tahu siapa harus dipilih. Lalu dia menangis dalam sujudnya memohon petunjuk daripada Allah dikala itu. Usai doanya dia pun membuka tafsir quran. Berharap sangat sedikit motivasi dari kitabullah itu untuk meredakan kesedihan yang melandanya detik itu. Lalu dibukanya. Terlintas dimatanya satu ayat dari surah An-NahI ayat 92
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…”
Alhamdulillah, Allah masih sudi mendengar rintihan hati kotor ini. Terasalah dia bahawa Allah sedang memujuknya. Teramatlah terharunya insan ini kerana Allah masih sudi mendengar doanya kala itu. Mari kita hayati kisah disebalik ayat ini.
“Oh.. ibu, usiaku sudah lanjut, namun belum datang seorang pemuda pun meminangku…? Apakah aku akan menjadi perawan seumur hidup?” Kira-kira begitulah keluhan seorang gadis Mekah yang berasal dari Bani Ma’zhum yang kaya raya. Mendengar rintihan si anak, ibunya yang teramat kasih dan sayangkan anaknya lantas kelam kabut ke sana ke mari untuk mencari jodoh buat si puteri.
Pelbagai ahli nujum dan dukun ditemuinya, ia tidak peduli berapa saja wang yang harus keluar dari saku, yang penting anaknya yang cuma seorang itu dapat bertemu jodoh. Namun sayang usaha si ibu tidak juga menampakkan buahnya. Buktinya, janji-janji sang dukun cuma bualan kosong belaka. Sekian lama mereka menunggu jejaka datang melamar, sedangkan yang ditunggu tidak pernah nampak batang hidungnya.
Melihat keadaan ini tentu saja gadis Bani Ma’zhum yang bernama Rithah AI-Hamqa menjadi semakin bermuram durja, tidak ada kerja lain yang diperbuatnya setiap hari kecuali mengadap di depan cermin untuk memandang diri sambil terus bertanya-tanya, “Mengapa sampai hari ini tidak kunjung datang juga seseorang yang akan mengahwiniku?” Penantian jodoh yang ditunggu-tunggu Rithah akhirnya tamat tatkala ibu saudaranya yang berasal dari luar daerah berkunjung ke rumah mereka dengan membawa jejaka tampan. Akhirnya Rithah yang telah lanjut usia pun menikah dengan jejaka yang muda rupawan. Kenapa sipemuda itu bersedia menikahi gadis Bani Ma’zhum yang telah tua itu..?
Oh… ternyata ada udang di sebalik batu. Rupa-rupanya jejaka rupawan yang miskin itu hanya menginginkan kekayaan Rithah yang melimpah ruah. Sebaik sahaja si jejaka telah berhasil menggunakan sebahagian harta Rithah ia pun pergi tanpa apasan dan kesan…. Dan tinggallah kini Rithah seorang diri, menangisi pemergian suami yang tidak tentu ke mana perginya.
Kesedihan dan kemurungannya dilepaskan Rithah dengan membeli beratus-ratus buku benang untuk dipintal (ditenun), setelah jadi hasil tenunannya, wanita itu mencerai-beraikan lagi menjadi benang. Lalu ia tenun lagi dan ia cerai beraikan lagi. Begitulah seterusnya ia jalani sisa-sisa hidupnya. Sesuailah kata-kata jahiliyyah mengatakan, Asmara boleh membuat orang jadi gila sasau.” (tentu bagi orang-orang yang tidak memiliki iman) AI-Qur’anul Karim mengabadikan kisah gadis Bani Ma’zhum ini dalam surat An-NahI ayat 92),
“Dan janganlah kamu seperti perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi bercerai-berai kembali…”
Yang dimaksud AlQur’an dengan ‘wanita pengurai benang yang telah dipintal’ tidak lain adalah Rithah AlHamqa. Dalam ayat tersebut Allah melarang kita berkelakuan seperti Rithah dalam menghadapi masalah jodoh. Namun demikian banyak ibrah(pengajaran) yang dapat kita petik dari episod gadis kaya keturunan Bani Ma’zhum tersebut. Kisah Rithah mengajar kita bahawa jodoh sebenarnya merupakan urusan Allah. Jodoh tidak dapat dihindari manakala kita belum menginginkannya, dan sebaliknya ia juga tidak dapat dikejar ketika kita sudah teramat sangat ingin mendapatkannya. Bukankah Rasul pun telah bersabda:
“Ketika ditiupkan ruh pada anak manusia tatkala ia masih di dalam perut ibunya sudah ditetapkan ajalnya, rezekinya, jodohnya dan celaka atau bahagianya di akhirat”.
Kerana Allah telah menentukan jodoh kita maka tidak layak bagi kita untuk bimbang dan risau seperti Rithah. Kalau sudah sampai waktunya jodoh itu pasti akan datang sendiri. Episod Rithah juga mengajar kita untuk melakukan ikhtiar (usaha) dalam mencapai cita-cita. Kalau ibu Rithah berjumpa pelbagai ahli nujum agar anaknya berhasil mendapatkan jodoh, bagi kita tentunya mendatangi AI-Mujub (yang Maha Pengabul doa) agar tujuan kita tercapai. Allah sendiri telah berfirman:
“Dan apabila hambaKu bertanya tentang Aku, maka jawablah bahawa Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang berdoa kepadaKu.. “(QS. 2:186)
Dengan ayat tersebut Allah memberikan harapan yang sebesar-besarnya bahawa setiap doa yang disampaikan padaNya akan dikabulkan. Allah tidak mungkin mungkir janji, siapa yang paling tepat janjinya selain Allah? Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Tarmizi dan lbnu Majah, Rasul pun bersabda tentang masalah doa,
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
“Sesungguhnya Allah malu terhadap seseorang yang menadahkan tangannya berdoa meminta kebaikan kepadaNya, kemudian menolaknya dalam keadaan hampa”.
Pengajaran berikutnya yang dapat kita petik, ialah memupuk sikap ‘sabar’ dalam menghadapi jodoh yang mungkin belum juga menghampiri kita padahal usia kita telah semakin senja. Firman Allah dalam Surah AI-Baqarah ayat 45,
“Dan jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya yang demikian itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, iaitu orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Rabbnya, dan mereka akan kembali padaNya”.
Sabar dan solat akan selalu membentengi kita dari desakan orang sekeliling dan godaan syaitan yang berharap kita salah langkah dalam masalah jodoh ini. Masalah ini banyak ditanggung oleh saudara-saudara kita yang sudah layak nikah namun belum ada juga ikhwah yang datang meminang merupakan ujian yang – wallahu a’lam – sesuai dengan ketetapan Allah. Banyak kisah nyata bahawa resah gelisah dan tidak sabar dalam masalah jodoh malah membuat kehidupan selepas nikah jadi tidak seindah semasa masih bujang. Di samping itu kita pun harus tetap menjaga kemurnian niat kita untuk menikah. Motivasi usia yang semakin senja serta tidak tahan mendengar umpatan orang sekitar harus secepatnya dihilangkan. ltu semua tidak akan menghasilkan suatu rumahtangga Islami yang kita harapkan. Ini adalah kerana kekukuhan rumahtangga kita seiring adadengan kuatnya landasan iman dan niat ikhlas kita.

Sungguh beruntung sekali menjadi orang-orang mukmin. Tatkala mendapat ujian (termasuk jodoh) ia akan bersabar maka sabarnya menjadi kebaikan baginya. Dan ketika mendapat nikmat ia bersyukur, maka kesyukurannya itu menjadi baik pula baginya. Kisah gadis Bani Ma’zhum itu juga memberikan nasihat pada manusia di zaman kemudiannya bahawa jodoh merupakan amanah Allah. Amanah yang hanya akan diberikan pada seseorang yang dianggap telah mampu memikulnya kerana amanah merupakan sesuatu yang harus dipelihara dengan baik dan dipertanggungjawabkan. Manakala kita belum dikurniai amanah jodoh oleh Allah, mungkin belum waktunya untuk kita memikul amanah tersebut.
Sikap kita yang paling baik dalam hal ini adalah sentiasa bersangka baik (husnudzon) kepadaNya. Kerana sesuatu yang kita cintai atau sesuatu yang kita anggap baik (jodoh) belum tentu baik bagi kita menurut Allah. Begitu pula sebaliknya sesuatu yang kita anggap buruk bagi diri kita belum tentu buruk menurut ilmu Allah.
“Boleh jadi kamu rnencintai sesuatu padahal sesuatu itu amat buruk bagimu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal itu amat baik bagimu. Kamu tidak mengetahui sedangkan Allah Maha Mengetahui” (QS. 2:216)

Akhir sekali kisah Rithah memberikan ibrah(pengajaran) kepada kita untuk mengarahkan cinta (mahabbah) tertinggi kita kepada yang memang berhak memilikinya. Cinta Rithah yang begitu tinggi diarahkan kepada makhluk (suaminya), hingga membuat ia ‘gila sasau’. Bagi kita tentu cinta yang tertinggi itu hanya patut dipersembahkan buat yang Maha A’lah pula (Khaliq). Bukankah salah satu ciri mukmin adalah asyaddu huballillah adapun orang-orang yang beriman itu amat sangat cintanya kepada Allah (asyaddu huballillah)(QS. 2:165). Jika arah cinta kita sudah benar, maka yakinlah Allah SWT tidak akan mengabaikan kehidupan kita. Seorang penyair dari Seberang yang terkenal Khairil Anwar pernah menulis puisi:
Tuhanku Dalam termangu.
Aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh Mengingat
kau penuh seluruh
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk
Tuhanku Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ – Khairil Anwar)
Aku masih menyebut namaMu
Walau susah sungguh Mengingat
kau penuh seluruh
Tuhanku Aku hilang bentuk Remuk
Tuhanku Di pintuMu aku mengetuk
Aku tidak bisa berpaling
(dari petikan puisi ‘DOA’ – Khairil Anwar)
sampai begitu sekali dalamnya mencintai Allah dalam sajak tersebut, mengapa kita tidak boleh? Wallahua’lam bisshawab…
From:
Hidayah Naim
Hidayah Naim
*aku kopi pes je ni..heheheh (^_^)V*
Subscribe to:
Posts (Atom)