About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Sunday, June 15, 2014

HARI BAPA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

Nama aku kert. lahir pada 2 mei tahun kambing selepas seorang perempuan bergelar mak sanggup mengandungkan aku 9 bulan 10 hari (ok, tipu.mungkin lebih) dalam perut dia. hasil perkongsian benih seorang lelaki bergelar abah. aku bukan anak kesayangan apatah lagi anak manja. aku cuma anak ketiga daripada 4 orang adik beradik yang jarak umur mereka jauh. aku tak dpt bulat2 apa yang aku mintak. aku hanya dpt lepas aku berusaha keras buktikan yang aku berhak. bukan dengan cara berguling2 atas lantai pasaraya atau koridor supermarket atau tgh jalan raya. dari kecik aku diajar macam tu.

abah dulu panas baran. dlm sejarah adik beradik aku takda yang tak penah kena sebat. semua berlainan style. abang aku dgn batang payung, akak aku dgn getah paip, aku dgn tali pinggang, adik aku.............. hurmmm (hilang ingatan kejap)... nnti aku tulis kalau aku ingat dgn apa. kitorang tak berani melawan abah sbb bila dia bulat mata je semua lari nyorok. tak pun mata bergenang dgn air..huhu penah dulu masa kecik aku kena sebat sbb lintas jalan nak ikot abah g kedai. masa skola menengah pon aku penah kena tampar depan bilik pengetua dimana mata2 saksi yakni cikgu2 menyaksikan aku kena tampar dalam uniform biru kasut hitam sbb henpon kena rampas. sakit tu tak rasa masa tu, tp malu dia....... lg sakit dari tamparan tersebut (perhatian : aku bukanlah seorang pelajar yang mengikut peraturan). sekarang abah da tak macam dulu. panas baran dia da reda. mungkin sebab abah da berusia, atau kami da membesar, atau mungkin sbb abah da malas, penat nak marah2 lagi macam dulu.

usia menginjak 17 tahun dimana aku menyaksikan kisah paling duka dalam keluarga kami. masa tu nak spm. tp aku bukan nak cerita pasal tu sekarang. not now, nor ever (tiru ayat dalam citer merlin.hoho). aku habis matrik abah pencen. masa tu adik baru masuk tingkatan 2. aku ckp kt abah aku tak nak blaja lg. tp......... and now here i'm am (kalau tak kena paksa dulu aku tak tau sekarang aku tgh buat apa). kerja abah cuma menoreh getah je masa aku nak masuk uni dulu. yuran pertama aku, duit getah. belanja, tiket flight pertama aku, hasil tolong abah kutip getah buku kt kebun pilah (masa tu harga getah mahal lg). kami bukan orang senang. aku tau tu sbb tu aku tak penah mntk abah laptop, sebaliknya netbook 1malaysia yg adik aku dapat aku heret pegi uni. tu pon masa sem 2. stop, cerita ni bukan pasal aku.

cerita ni pasal abah. abah bukan la seorang lelaki yang mudah tunjukkan perasaan dia as in saying "abah sayang anak abah", "intan payung abah", "abah risau anak abah pegi jauh2", tak. abah bukan lelaki yang macam tu. abah lelaki yang dulu dukung aku, lelaki yang akan suruh abang tny aku da makan blom, lelaki yang akan suruh abang tanya aku sehat ke tak, lelaki yang akan suruh abang tanya aku ada duit lg ke tak, lelaki yang mengajar aku main volleyball, lelaki yang tak akan tunjukkan perasaan dia melalui kata2. aku tau abah takda pesbuk apatah lg blog. tp aku saje je nak tulis kt sini. supaya aku boleh baca banyak kali supaya aku boleh setiap masa menghargai lelaki bergelar abah. orang kata perempuan sekarang boleh hidup tanpa lelaki. siapa cakap perempuan tak perlukan lelaki dalam hidup? tanpa lelaki kau belum tentu lahir, tanpa lelaki aku belum tentu wujud menaip entry ni. hidup aku dikelilingi lelaki2 yang awesome. dan aku sangat appreciate diorang.

hari tu hari jadi abah. aku takda duit nak belikan hadiah. tp aku ada baucer buku. pegi kedai, pandang abang. abang cakap sukati. beli la pape asalkan ko ikhlas. aku mungkin mewarisi sifat abah yang susah nak luahkan perasaan (kalau luahkan pon mungkin masa tu da terlambat). balik rumah aku bg je abah barang tu. tanpa berbalut cantik, tanpa ucapan selamat hari jadi, tanpa kata2 manis "semoga panjang umur, saya sayang abah" yada yada yada... tp aku tau abah tau maksud dan niat aku. dan aku tau abah sgt menghargai barang tu sbb kalau hilang sebatang mesti dia tny semua orang dlm rumah termasuk adik aku yang terpinga2 tak tau pape. hari ni, diorang ckp hari bapa (aku mmg tak penah ingat tarikh2 ni. birthdate sendiri pon slalu lupa). tp bg aku hari2 hari ibu bapa. for those yang masih ada both, hargai mereka. never took them for granted. for those yang da takda salah sorang, or both, aku ucapkan takziah. jangan lupakan sedekahkan Al-Fatihah dan surah2. bg yang senasib dengan aku, masih perlu hargai diorang walau apa pon salah diorang masa tu. ingat, tanpa diorang siapa korang sekarang.

untuk lelaki2 kt luar sana yang bergelar bapa, ayah, papa, daddy, abi, walid, selamat hari err...apa2 je panggilan yang anak anda panggil.

dan untuk lelaki bernama Nordin bin Ahmad.
selamat hari abah, abah.

erghhh...mata nak bocor la plak. jari pon nak cramp ni..urghhhhh...

2 comments: