About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Friday, July 3, 2015

No more Ache or Break

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Assalamualaikum...

yoh! lama betul tak menaip kt sini.. rindu dunia blogging.. ceih! blogging la sangat.. padahal blog penuh sawang je takda entry.. well, aku bukan jadikan blog sebagai diari hidup aku.. aku cuma akan tulis entry kalau something happened, or wanna clarify on something. so without any further ado, lets begin.

*untuk makluman para pembaca, entry kali ini tersenarai di bawah genre "clarifying something"... sekiranya ter-berkait dengan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, itu hanya kebetulan sahaja*

kenapa tajuk entry kali ni macam orang yang hurmmmmmm...patah hati? eh tak la..mana ada patah hati.. sakit hati pon tak. cuma nak jelaskan lebih lanjut.

al-kisah bermula,

pada suatu tengah hari yang indah, aku rasa tergerak hati nak bukak fb.. ada satu private message. ingatkan akak yang jual jubah tu mesej nak bgtau stock jubah da sampai ke apa ke. sekali bukan. mesej tersebut datangnya daripada seorang perempuan yang tidak dikenali dan bukan dalam kalangan friendlist fb aku. mesejnya cukup professional, tak ada maki hamun, tak ada nada sinis, bahasa yang sopan, tiada serang menyerang, tiada mukadimah panjang lebar, siap bagi salam lg.. 

topik utama perbualan kami adalah, "apa hubungan awak dengan boifren saya?". tarraaaaaaaaa

hehehehehehehhhh....tak pasal2 dapat soalan cepu cemas tetengahari yang dingin ni (kt luar angin kuat tadi).

tapi okla..professional giler adik tu (penegasan ke atas adik sebab kebarangkalian umur dia lebih tua dari aku sangat rendah). bg salam, mntk kebenaran nak tanya, then tanya directly. siyes aku suka orang macam ni. direct takda menyimpang. aku pon menjawab la dengan tenang soalan beliau. 

as i mentioned above, this is an entry on clarifying something. so aku clarify la yang kami kawan. no more, maybe less.. n i state to her, if she really is his gf, she shouldn't be worrying on others since he chose he to be his gf already. aku bukan la that type yg suka2 nak rosakkan hubungan orang. even kawan baik aku sendiri kalau da ada gf, let alone yang da berbini, aku tak kacau dah. make less contact, borak in a group, n kalau dia rasa dia nak borak dengan aku, let him b the first to approach me. then borak apa yang patut la. after that, she apologize coz asking (what a good manner). dia da tny bf dia pasal hal ni, but then tny aku jugak sbb yela, nak clarify things kan.. hati perempuan beb... if i was in her shoes i'd done the same too. then, the rest is history...... aku minta maaf, dia minta maaf. THE END.

moral of the story kt sini,

for girls, in one case, janganla cepat cemburu membabi buta. kalau curious sangat, ask gently, with enormous amount of manners (macam adik td). n make sure ask both parties. jangan bash sebelah pihak je. in another case, janganla kau tau orang tu da ada gf or kawan kau suka kt dia, kau nak caras jugak. sanggup kau tengok kaum kau sendiri sakit atas perbuatan kau? kalau jadi kt diri kau sendiri cemana?

for guys, tolongla. jaga relationship anda. jangan sebab perangai anda kami kaum wanita bertelagah antara satu sama lain. perempuan ni, kalau hati dia da sayang, yang satu tu je dia pandang. janganla diduga hati dia. hati wanita bukan titanium (taknak pakai batu, sebab batu titik air lama2 boleh lekuk jugak). imagine kau ada kt tempat perempuan tu, try to ponder and think bout the feeling.

so back to title, 

bila bercakap pasal hati ni, aku rasa hati aku da kering kot. pucat, takda darah dah. eversince the one and only guy yang aku suka kawen, aku takda perasaan dah kt lelaki (not that i became LGBT okay?!!). but then nak clarify jugak. bro, if u happened to read this, i just wanna tell u that i don't have any feelings left towards u. sumpah takda dah. aku doakan kau bahagia dengan isteri kau. from deepest of my heart. cumanya nak minta kau doakan la hati aku terbuka untuk orang lain jugak keyh. hopefully i found someone suit for me that one fine day.. InshaaAllah..

for that girl's bf, hope u read this. oh, i really do hope u read this. sebab aku malas nak tny kau pasal hal ni.. lagipon kau kawan aku bro. jagala hati dia. yup, aku sayang kau. aku sayang sume kawan aku. tapi sayang as a friend dengan sayang as a lover lain. term friend dengan lover tu je da bawak maksud lain. 

untuk adik td, andai kata ada sapa2 tercopy link entry ni bg kt awak, saya cuma nak ckp awak memang gentle, baik, n have really good manners. no seriously, not in sarcastic way, but in appraisal form. may Allah bless u girl. 

kbai.

p/s : semalam aku tengok minions movie, n i do know what "setia kawan" means. really do.

Wednesday, December 31, 2014

Tahun Baru Masihi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum!

Ssup??! sup tulang sup ayam sup kambing. naa...kidding. (lame kert...lame!)

Apa khabar? lama giler tak menaip. maksud aku lama giler tak menaip kt sini. tipu sangat kalau nak ckp lama giler tak menaip. report fyp tu mende kalau xmenaip ye dak? maafla sbb da lama tak update (eventhough, nobody's care actually). bukan tak bukak langsung benda ni, cuma takda idea nak tulis apa. bukak, tenung, tutup balik. *macam tu la yang aku buat kt report aku. tu yg lambat siap. huahua*

ok back to the main point. disebabkan aku takda idea, laptop plak asek leg je, dan disebabkan malam ni malam terakhir tahun dua kosong satu empat, maka dengan ini saya telah mengambil keputusan untuk mengangkat hari ini sebagai tajuk entry baru blog saya! (cakap dengan nada penuh yakin)

mari kita mulakan!!

harini hari terakhir tahun 2014. malam ni malam terakhir 2014. bagi yang lahir 31hb disember harini genap umur diorg. bagi yang lahir 1hb januari plak esok masukla umur diorg. aku lahir pertengahan tahun, so aku tak tau camne rasa dia. ada ckp best, sbb ???. ada ckp tak best sbb ???. malam ni mesti ramai orang berkumpul kt dataran-dataran, padang-padang lapang, takpon mall-mall sbb nak sambut malam tahun baru. new year katanya.

aku tak taula samada aku tak tau atau aku tak faham atau aku memang taknak ambik tau langsung apa significant sambut tahun baru ni. perlu ke kita sambut? apa hukum kita sambut? ada orang pernah cakap, masa muda nilah kita rasa benda-benda macam ni. dok jauh la kita buat, explore sume benda. tapi bagi aku itu da termasuk dalam culture shock. selama 5 tahun aku kt negeri orang tak pernah lagila aku sambut new year kt sini. mungkin faktor nak exam final, dan mungkin faktor aku sendiri yang tak suka tempat bising dan bencikan orang ramai membuatkan aku tak pergi. atau mungkin jugak faktor aku malas membuatkan aku tak pergi. tapi masa skola dulu pon tak pergi jugak. padahal dataran segamat tu sekangkang kera je dengan rumah aku. tiap kali ada event kt dataran mesti umah aku jadi parking lot tak berbayar. pernahla dulu aku ikut kawan-kawan yang kengkonon nak sambut new year. tapi blom pkul 12 tengah malam aku da blik umah dah. tengok tv takpon membuta. haha. pergi semata-mata nak pergi bazar beli makanan, pastu bosan taktau nak buat apa dah.

bagi aku tak salah nak pegi tgk bunga api, sambut malam tahun baru ni. sbb aku tak tau apa hukum dia (sapa-sapa yang arif sila terangkan). asalkan tau jaga batas pergaulan, jangan buat benda yang bukan-bukan sudahla. cumanya yang aku terkilan bila tgk adik-adik abang-abang akak-akak yang pergi sambut malam tahun baru ni berpakaian yg hmmm... berpelukan di sana sini, berpegangan, dan bermacam-macam ber- lagila. kalau bukan melayu, non-muslim tu aku boleh terima lagi la. ataupun yg dah berkahwin (tapi kadang-kadang kita tak boleh nak teka diorg ni da kawen ke). takkan nak pegi tanya plak. kang tak memasal kena tempelak tengah orang ramai. dahla aku pon tak semenggah jugak. aku cuma dapat menolak dari hati je. mendoakan dari jauh supaya mereka berubah. "sesungguhnya itu merupakan selemah-lemah iman."

aku dah takda idea dah nak tulis apa.

setakat ni jelah kot. nanti ada idea update lain. azam tahun baru? tak payah la. azam tahun sudah-sudah pon tak tertunai lagi. sepatutnya pasang azam bukan tahun baru masihi, pasang masa tahun baru hijrah tu. azam nak jadi muslimin muslimat sejati. bukan azam nak cari boipren. walaupon aku pernahla buat azam camtu. bila tgk n pk balik kenapala aku buat azam bangang camtu, sendiri geleng kepala. hahahahaha

selamat tahun baru masihi kawan-kawan.

kbai.

p/s: buat azam dan tanam azam tu benda bagus. cumanya janganlah "buat mohamad azam" yang baru dan "tanam mohamad azam" yang lama. if you know what i mean.

Friday, September 5, 2014

pesbuk punya cerita

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum....

"eh ada lagi kau?"

"whatever..sukati aku la.blog aku!"

.
.
.
.


bebaru ni aku activate balik pesbuk aku.

.
.
.
.


"eh kata tak nak deactivate fb dlm entry yang lepas?"

"da activate balik"

.
.
.
.

aku deactivate kejap pesbuk dan bergiat aktif di wechat..hahaha. sbb aku rasa pesbuk macam da tak secure lg. macam takda privasi. bukan sbb company zuckerberg tu curi info orang and jual(which is true actually), tapi sbb hilang privasi dari segi sharing thoughts. biar la nak share apa pon, hak masing2. tp most of the time depa dok hingaq cakap kita ni 'keyboard warrior' or something.. mmg la not all what we shared are diamonds. da tu masing2 punya thoughts kan. biarla.. tp tak...ada je nak condemn bagai.. pastu nak terasa sana sini. apakah??? ada sebab lain jgk knp aku deactivate aritu. sbb frust maybe. bahahahahaha betapa b*****gnya alasan...

nak dijadikan cerita member aku ni pegi la buat satu status semasa aku deactivate fb tu.


macam hampeh kan?hahaha gambar kt bawah tu gambar pakai heels yang aku snap aritu. boleh dia pegi buat status mengutuk aku...ciss ciskek cheesy wedges sungguh. cun2 esoknya aku activate fb, maka ternampaklah status beliau....dan penuhla komen2 dibawahnya sakan menggelakkan aku. naseb baiklah masa dia up status tu aku tgh deactivate, kalau tak kemungkinan besar dia akan tag aku maka seluruh rakyat jelata akan nmpk gambar tersebut maka jatuhla saham hamba..hahahhahaah

aku tak aktif da skrg pesbuk. bukak pon kalau ada inbox msg je. yelaa...orang tak mampu nak pakai npon mahal2 nak install messenger..hahaha beberapa hari(minggu actually) yang lepas aku ada tgk biografi pasal founder pesbuk, encik zuckerberg tu... and yes, he is jewish. and he's not creating facebook for communications between his friends actually..dia curi idea org, coding org and ubah jadi dia punya sendiri. 

.
.
.

"da tau founder dia jewish knp tak boikot je fb tu?knp activate balik?"

.
.
.

sbb mostly org akan contact aku kt fb. sampaikan sanggup create group praktikal kt fb. takdanya diorg rajin nak kol or sms aku.. tp tula, aku bukak fb sbb nak tgk msg tu je. takda da skrg ni aku up status 4-5 kali dalam sehari.. boikot bukan dgn cara berenti tros guna pesbuk tu..

bak kata kawan aku, 

"Masih gagah memboikot? tapi sayang bila ada yang jadikan ianya sekadar musim. Lebih sayang, bila masih ada yang tak faham kenapa kita boikot. contoh, "fb tu kenapa tak boikot" kalau ada buat sumbangan kepada fb, anda wajib boikot juga. contoh FB Ads. - muhammad afham"

sama jgk dgn maksud dia,

"boycott means you stop buying that brand. bukan you buang apa yang you ada. so continue using your maybelline ke loreal whatsoever yang ada tu. - hartinie zulkafli"

iyerr..aku pon ada pesbuk jgk, tp bg aku satu je, nak pakai, pakai la pesbuk tu..jgn terlalu asyik sampai lupa semua benda. ingat..itu tujuan mereka. jgn dok sebok berdoa bagai kt wall tu.



p/s: kalau ternampak kengkawan korang up status berdoa kt pesbuk, wechat, or whatever social medium yang lain, sila hulurkan sejadah kt diorang. I.Y.K.W.I.M....

babai.






Thursday, September 4, 2014

#20factsaboutme

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum....

eh eh? ada balik? baru beberapa minit lepas post satu entry da ada lg?
kan da cakap, arini nak balas dendam. eh, balas entry. aku nak try buat cm ashraf post 4 entry dlm masa tak sampai satu jam. hahahaha (memang takkan mampu).

bebaru ni viral kt fb pasal #20factsaboutme??? mende apa tu?? even bespren aku pon buat jgk. cumanya kami komen soh tambah and bagi facts yang merapu kt dia..hahaha

so this is it...#20factsaboutme (eceyhhh...nak jgk...)

1 - Nor Atiqah binti Nordin
2 - 910502-**-****
3 - SKJ STS KMK UNIMAS
4 - single and stay single
5 - penggemar benda2 berwarna hitam
6 - giler ketam
7 - rabun tahap pegi interview polis takkan lulus
8 - crowd phobic
9 - mudah buat kawan(i guess)
10 - sangat suka kucing, kasut, anime and komik
11 - tak cantik
12 - suka tidur peluk mak(anak manja la katakan....phuii)
13 - Suka dok sorang2
14 - Obses dengan game. (aku akan mengamuk kalau orang tiba2 msg or call time aku tgh main game. Hahaha.)
15 - fav food : western food + cakes
16 - tak suka kuar umah, merayap, berjalan dan yang sewaktu dgnnya
17 - adventure type
18 - not really into drama melayu and lagu melayu (terukkan aku?)
19 - boleh bermain semua jenis sukan outdoor tetapi tidak secara professional (poyo giler)
20 - sometimes hipokrit, and baran.

hah...da macam tulis dlm buku biodata je bak kata nameera..hahaha
hat ni aku copy bespren aku punya stail sbb aku tak tau menatang kejadah #20factsaboutme tu and menda facts apa nak tulis pasal diri aku...huuu
and thats thats..what about you? hahah

babai.

sayang saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum....

eheyyy waddup?? last entry aku adalah pada 13/8/2014. itupon entry masuk draft sbb line tenet takdak kt kampung...bueheheheh so arini sesi membalas dendam. eh, membalas entry. mana boleh tgk orang lain post entry tiap2 ari kan...hahhahahaha

meh nak citer pasal kesayangan aku. nama dia vans. dia selalu teman aku kemana je aku pegi. main skate, pegi kuliah, pegi jalan, balik kampung, main bolibol, main basket, naik flight, turun flight, pegi praktikal, pegi jamban(eh?) dan kemana saja aku pegi mesti dia teman aku. orang yang ada boipren pon tak serapat aku dgn dia.


ni la vans..kesayangan aku..haha

percaya tak kalau aku cakap aku pegi praktikal pakai dia? with baju kurung. orang lain tak berani buat, aku sorang je. even budak2 laki praktikal kt department aku yang masuk air pon tak berani..hahaha orang2 kt hospital tu kenal sangat da aku sebab kasut ni. huuhu.. suddenly one time aku pakai flats, sebab da nak abes, and that time was lecturer visit week so aku acah2 pakai full formal la. orang2 pentadbiran ngan member2 kt ward sume pelik apsal aku pakai flats.. alih2 lect tak datang. apa lagi...sambung sarung dia la esoknya.hahahaha 

aritu aku teman kazen aku keje jaga kedai. kedai jual barangan jualan langsung + catalog. ada kasut macam2 jenis. tp ladies punyala..mmg tak la kan aku nak pakai. haha tp aku tertarik dgn satu heels ni. try pakai, amek gmbr(unfortunately the picture is not available anymore..haha), tros cabut. tak berani nak catwalk ala2 model sbb takut. kang tak memasal tumit kasut tu patah plak. kalau setakat tu no hal, mau kaki aku patah skali cane? tak ke naya je cenggitu..hahaha objektifnya di sini, aku cuma nak cakap yang aku takkan beralih arah dari sneakers to heels. no way(unless time aku kawen nnti la kot). 

ada member aku, dia pon ada abg vans tu - vans, it was vans kot(aku pon tak ingat apa nama dia). aku punya vans, off the wall. tp sayangnya dia ckp kasut tu ilang. sayang sangat sangat... this year da nak masuk 2 taun kasut tu tersarung kt kaki aku. and still, tapak dia blom haus. that's why i love him. k la, till we meet again.

babai.

Monday, July 14, 2014

untitled

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

have you ever heard of a song titled Rapuh by Opick?

"penyanyi indonesia yang slalu nyanyi lagu2 ketuhanan tu ke?"

Yeah, that one.

actually, lagu ni aku da dgr lama da. first time dgr syuib sepahtu nyanyi dlm final maharaja lawak mega 2014. bueheheheh cuma tak tau tajuk, tak tau sapa nyanyi. up until yesterday, aku kuar berbuka dgn budak hostel diorang pasang cd opick dlm kete. aku excited giler. dari tak tau sepatah haram lirik sampai la ni da boleh hapai dah.

lagu ni mmg best. bersifat ketuhanan. kalau orang yang tak mendalami maksud lirik lagu ni mungkin akan ingat lagu ni ditujukan kepada makwe pakwe. tapi sebenarnya tak. lets take a look at the lyrics:

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

tgk part chorus dia.

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

kalau orang yang tak mendalami lagu ni mmg akan ingat lagu ni utk makwe pakwe (macam yang aku cakap td). mula2 dulu aku ingat cmtu jgk (well, typical me). well in that case, let me rephrase the chorus. 

kalau utk pakwe makwe, dalam perjalanan korang kapel mesti ada pertengkaran, bergaduh. tiba satu tahap break up. rasa da tak sayang lagi. kalau tak break up pon mesti akan timbul rasa "kenapala aku kapel dgn dia ni dulu" or "macam manala aku boleh kapel dgn dia" or "cari lain kang baru tau" or something like that. and in the mean time, korang mesti ada kawan lelaki/perempuan yang lain. kadang2 bila da rapat timbul satu perasaan yang lain. tp dalam hati sebenarnya sayang kt yang sorang tu je. dalam sayangkan yang sorang tu, ada kekurangan di sana sini. macam tak mampu bg sepenuh perhatian atau masa keatas pasangan masing2. ni pemahaman aku la. mungkin itu yang ditafsir oleh orang2 yang ingat lagu ni utk pakwe makwe. mungkin.

sebenarnya konsep lagu ni sama je kalau nak compare orang yang memahami lagu ni sedalamnya, dgn orang yang tak. cuma kita tukar pasangan kita tu dgn Tuhan. kita dgn Pencipta kita ni sebenarnya macam kapel taw. Dia sentiasa ada dalam hati kita. teguh tak teguh je cinta kita terhadap Dia. kuat ke tidak pegangan ajaran agama kita, kuat tak iman kita, ada tak kita berusaha nak tambah ilmu kita. dalam perjalanan hidup kita sebagai manusia ciptaanNya mesti ada terpesong tak banyak sikit. terpesong maksud aku bukan murtad. terpesong maksud aku terbabas dari landasan yang lurus. kadang2 kita mengaku je yang kita ni orang melayu agama Islam, tp kadang2 kita sendiri tak mengamalkan ajaran Islam yang betul. itu pon dikira terpesong jugak tu. riak, takbur, itu pon terpesong jugak tu. kadang2 kita mempersoalkan kenapa macam ni, kenapa macam tu, apsal tak boleh ni, tak boleh tu, itu pon terpesong jugak tu. kena ingat, syaitan ada di mana2, sentiasa mencuba menyesatkan manusia. samada berjaya atau tak syaitan tu bergantung kepada kuatnya iman manusia, kuatnya pegangan agama dia. sbb tu dlm lirik lagu tu "meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padamu". kita tau agama kita apa, tp kita slalu terbabas. dan dalam chorus kedua pun dia ada ckp "maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya, diriMu yang bertakhta".

"da tu, apa maksud kau?"

bila kita da terbabas, kita da tersedar salah kita kt mana kita bertaubat. berdoa mintak ampun dgn Tuhan. jgn bila da diduga, kita meraung salahkan Tuhan. doa bnyk2 mintak diteguhkan iman supaya percaya dgn Qada' dan Qadar. tp jgn la pulak bila kita ditimpa masalah baru nak cari Tuhan. 

aku bukanlah "stock" budak ala2 ustazah tudung labuh bagai. dan aku pon bukanlah orang yang kuat agama. malah aku bukan lahir dalam religious family. background family aku bukanlah suatu yang boleh dibanggakan. abang aku je yang a bit lucky to get a proper religious education, itupon sbb he went to sbp agama. but that doesn't mean we can't change right? family aku da semakin ok. mak pon slalu ingatkn aku jaga solat. aku dulu pon totally upside down. dan aku pon bukanlah nak berlagak membangga diri ckp yang aku da berubah, nak berubah. tp tak salah kalau aku share kan? this is my own opinion. aku pon masih belajar. belajar meluruskan jalan hidup aku yang da bengkok. orang ckp pergilah berguru atau berkawan dgn orang yang tinggi pengetahuan agamanya, tp kalau da ada guru atau kawan yang macam tu kalau diri sendiri tak ada inisiatif utk berubah tak guna jugak kan? maka kita mula dari dalam diri kita dulu. 


and by the way, have you ever read versus? 

"novel by hlovate?"

yup. that one. cerita hidup aku lebih kurang je dgn minn. cumanya aku bukan berubah sbb wasiat siapa2. aku berubah sbb aku. bacalah. this novel isn't a typical lovey-dovey novel available kt pasaran yang orang dok buat drama kt tv skrg. aku da bnyk kali dok ulang novel ni since the day i bought this novel many years ago. sebelum aku berubah. dok ulang banyak kali sampai naik lunyai, sampai abang aku perli "berapa kali kau nak khatam novel tu?".huhuhu... 


p/s: entry kali ni lebih kepada Islamik sikit i guess. but that doesn't mean utk orang2 Islam sahaja. in case kat luar sana ada orang bukan Islam yang terbaca, the principal is the same. bagimu agamamu dan bagiku agamaku. apa yang aku tulis ni hanyalah pendapat yang keluar dari otak aku je. andai salah, maafkanlah. perbetulkanlah. sesungguhnya yang baik itu datang daripada-Nya, yang khilaf itu datang dari diri aku sendiri.

Sunday, July 6, 2014

ngeri

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

iucnau8tucsuan8uisxkofyvk jhvuhsycjxkzi iuvijxiuyr9ytoiexn uchiyurcxk vujxiukorifu....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

penat...susah..sakit fizikal dan mental.nak membebel pon penat.pendam dalam hati pon penat.

eh, merepek apa kan??? nak citer ni..td aku hampir terperangkap dalam opis..haha lawak giler...

cenggini citer dia... jam da pkul 5.30 ptg. aku sepatutnya balik keje pkul 5 tp disebabkan abang blom dtg so aku tunggu la setengah jam. then tepat 5.30 aku pon keluar bilik, kunci pintu, pegi toilet kejap.tiba2 dgr bunyi bos kunci pintu bilik dia.aku pon belari la konon nak kejar bos. sekali tak sempat. dia da selamat kunci pintu depan. aku rasa cam nak menjerit da mntk tlg. tp aku sempat pk "calm down dude, things gonna be alright. every problems have their solutions". then aku tepikir, pintu blkg tak pakai kunci cm pintu depan, so boleh keluar ikot pintu blkg. aku pon bukak selak, slipthrough the back door, tekan kunci dari dalam, pull the knob. then get the hell out of there. bedebor aku ngkorang tau!!! ahahaha..

serious aku tak boleh bayangkan kalau aku terperangkap takda jalan keluar dari situ. opis tu da la agak angker sket. hahaha

sampai kt tmpt biasa aku tunggu abang baru boleh relax sket. yg spoilnya, abang sampai tiba2 aku teringat yg aku blom thumb print checkout balik keje. hampeh giler...hahaha that's all.

babai.