About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Thursday, September 4, 2014

sayang saya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Assalamualaikum....

eheyyy waddup?? last entry aku adalah pada 13/8/2014. itupon entry masuk draft sbb line tenet takdak kt kampung...bueheheheh so arini sesi membalas dendam. eh, membalas entry. mana boleh tgk orang lain post entry tiap2 ari kan...hahhahahaha

meh nak citer pasal kesayangan aku. nama dia vans. dia selalu teman aku kemana je aku pegi. main skate, pegi kuliah, pegi jalan, balik kampung, main bolibol, main basket, naik flight, turun flight, pegi praktikal, pegi jamban(eh?) dan kemana saja aku pegi mesti dia teman aku. orang yang ada boipren pon tak serapat aku dgn dia.


ni la vans..kesayangan aku..haha

percaya tak kalau aku cakap aku pegi praktikal pakai dia? with baju kurung. orang lain tak berani buat, aku sorang je. even budak2 laki praktikal kt department aku yang masuk air pon tak berani..hahaha orang2 kt hospital tu kenal sangat da aku sebab kasut ni. huuhu.. suddenly one time aku pakai flats, sebab da nak abes, and that time was lecturer visit week so aku acah2 pakai full formal la. orang2 pentadbiran ngan member2 kt ward sume pelik apsal aku pakai flats.. alih2 lect tak datang. apa lagi...sambung sarung dia la esoknya.hahahaha 

aritu aku teman kazen aku keje jaga kedai. kedai jual barangan jualan langsung + catalog. ada kasut macam2 jenis. tp ladies punyala..mmg tak la kan aku nak pakai. haha tp aku tertarik dgn satu heels ni. try pakai, amek gmbr(unfortunately the picture is not available anymore..haha), tros cabut. tak berani nak catwalk ala2 model sbb takut. kang tak memasal tumit kasut tu patah plak. kalau setakat tu no hal, mau kaki aku patah skali cane? tak ke naya je cenggitu..hahaha objektifnya di sini, aku cuma nak cakap yang aku takkan beralih arah dari sneakers to heels. no way(unless time aku kawen nnti la kot). 

ada member aku, dia pon ada abg vans tu - vans, it was vans kot(aku pon tak ingat apa nama dia). aku punya vans, off the wall. tp sayangnya dia ckp kasut tu ilang. sayang sangat sangat... this year da nak masuk 2 taun kasut tu tersarung kt kaki aku. and still, tapak dia blom haus. that's why i love him. k la, till we meet again.

babai.

No comments:

Post a Comment