About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Monday, July 14, 2014

untitled

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

have you ever heard of a song titled Rapuh by Opick?

"penyanyi indonesia yang slalu nyanyi lagu2 ketuhanan tu ke?"

Yeah, that one.

actually, lagu ni aku da dgr lama da. first time dgr syuib sepahtu nyanyi dlm final maharaja lawak mega 2014. bueheheheh cuma tak tau tajuk, tak tau sapa nyanyi. up until yesterday, aku kuar berbuka dgn budak hostel diorang pasang cd opick dlm kete. aku excited giler. dari tak tau sepatah haram lirik sampai la ni da boleh hapai dah.

lagu ni mmg best. bersifat ketuhanan. kalau orang yang tak mendalami maksud lirik lagu ni mungkin akan ingat lagu ni ditujukan kepada makwe pakwe. tapi sebenarnya tak. lets take a look at the lyrics:

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

tgk part chorus dia.

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
DiriMu yang bertakhta

kalau orang yang tak mendalami lagu ni mmg akan ingat lagu ni utk makwe pakwe (macam yang aku cakap td). mula2 dulu aku ingat cmtu jgk (well, typical me). well in that case, let me rephrase the chorus. 

kalau utk pakwe makwe, dalam perjalanan korang kapel mesti ada pertengkaran, bergaduh. tiba satu tahap break up. rasa da tak sayang lagi. kalau tak break up pon mesti akan timbul rasa "kenapala aku kapel dgn dia ni dulu" or "macam manala aku boleh kapel dgn dia" or "cari lain kang baru tau" or something like that. and in the mean time, korang mesti ada kawan lelaki/perempuan yang lain. kadang2 bila da rapat timbul satu perasaan yang lain. tp dalam hati sebenarnya sayang kt yang sorang tu je. dalam sayangkan yang sorang tu, ada kekurangan di sana sini. macam tak mampu bg sepenuh perhatian atau masa keatas pasangan masing2. ni pemahaman aku la. mungkin itu yang ditafsir oleh orang2 yang ingat lagu ni utk pakwe makwe. mungkin.

sebenarnya konsep lagu ni sama je kalau nak compare orang yang memahami lagu ni sedalamnya, dgn orang yang tak. cuma kita tukar pasangan kita tu dgn Tuhan. kita dgn Pencipta kita ni sebenarnya macam kapel taw. Dia sentiasa ada dalam hati kita. teguh tak teguh je cinta kita terhadap Dia. kuat ke tidak pegangan ajaran agama kita, kuat tak iman kita, ada tak kita berusaha nak tambah ilmu kita. dalam perjalanan hidup kita sebagai manusia ciptaanNya mesti ada terpesong tak banyak sikit. terpesong maksud aku bukan murtad. terpesong maksud aku terbabas dari landasan yang lurus. kadang2 kita mengaku je yang kita ni orang melayu agama Islam, tp kadang2 kita sendiri tak mengamalkan ajaran Islam yang betul. itu pon dikira terpesong jugak tu. riak, takbur, itu pon terpesong jugak tu. kadang2 kita mempersoalkan kenapa macam ni, kenapa macam tu, apsal tak boleh ni, tak boleh tu, itu pon terpesong jugak tu. kena ingat, syaitan ada di mana2, sentiasa mencuba menyesatkan manusia. samada berjaya atau tak syaitan tu bergantung kepada kuatnya iman manusia, kuatnya pegangan agama dia. sbb tu dlm lirik lagu tu "meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padamu". kita tau agama kita apa, tp kita slalu terbabas. dan dalam chorus kedua pun dia ada ckp "maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya, diriMu yang bertakhta".

"da tu, apa maksud kau?"

bila kita da terbabas, kita da tersedar salah kita kt mana kita bertaubat. berdoa mintak ampun dgn Tuhan. jgn bila da diduga, kita meraung salahkan Tuhan. doa bnyk2 mintak diteguhkan iman supaya percaya dgn Qada' dan Qadar. tp jgn la pulak bila kita ditimpa masalah baru nak cari Tuhan. 

aku bukanlah "stock" budak ala2 ustazah tudung labuh bagai. dan aku pon bukanlah orang yang kuat agama. malah aku bukan lahir dalam religious family. background family aku bukanlah suatu yang boleh dibanggakan. abang aku je yang a bit lucky to get a proper religious education, itupon sbb he went to sbp agama. but that doesn't mean we can't change right? family aku da semakin ok. mak pon slalu ingatkn aku jaga solat. aku dulu pon totally upside down. dan aku pon bukanlah nak berlagak membangga diri ckp yang aku da berubah, nak berubah. tp tak salah kalau aku share kan? this is my own opinion. aku pon masih belajar. belajar meluruskan jalan hidup aku yang da bengkok. orang ckp pergilah berguru atau berkawan dgn orang yang tinggi pengetahuan agamanya, tp kalau da ada guru atau kawan yang macam tu kalau diri sendiri tak ada inisiatif utk berubah tak guna jugak kan? maka kita mula dari dalam diri kita dulu. 


and by the way, have you ever read versus? 

"novel by hlovate?"

yup. that one. cerita hidup aku lebih kurang je dgn minn. cumanya aku bukan berubah sbb wasiat siapa2. aku berubah sbb aku. bacalah. this novel isn't a typical lovey-dovey novel available kt pasaran yang orang dok buat drama kt tv skrg. aku da bnyk kali dok ulang novel ni since the day i bought this novel many years ago. sebelum aku berubah. dok ulang banyak kali sampai naik lunyai, sampai abang aku perli "berapa kali kau nak khatam novel tu?".huhuhu... 


p/s: entry kali ni lebih kepada Islamik sikit i guess. but that doesn't mean utk orang2 Islam sahaja. in case kat luar sana ada orang bukan Islam yang terbaca, the principal is the same. bagimu agamamu dan bagiku agamaku. apa yang aku tulis ni hanyalah pendapat yang keluar dari otak aku je. andai salah, maafkanlah. perbetulkanlah. sesungguhnya yang baik itu datang daripada-Nya, yang khilaf itu datang dari diri aku sendiri.

No comments:

Post a Comment