About Me

My photo
Aku Kert. Panggil je aku Kert. Toksah tanya banyak.

Thursday, June 5, 2014

cerita pasal hati part II

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum….

Ssup?? Aritu aku tulis Cerita Pasal Hati right? Which that I just copied from someone else’s blog..huhu… Arini aku tulis Cerita Pasal Hati Part II plak. Yang ni aku karang sendiri.(sementara aku menunggu xampp install balik kt laptop aku ni.sakit hati betul aku dgn database ni.kenapa la aku kena blaja benda2 ni.nyusahkan btol!).

Ok back to the topic. Yup. Yang lepas tu mmg aku kopi pes je dari blog org lain. Sbb aku tgh patah hati, dan kecewa dan sedih dan yang sewaktu dengannya. Selalunya kalau aku tgh sedih gembira marah stress kecewa dan bermacam-macam perasaan lagi aku akan buat satu tabiat ni (yang mana aku mmg xtau nak buang cemana) iaitu makan. Yeah. Aku mmg suka makan. Tak kira masa. Tak kira hari. Tak kira situasi. Tak kira perasaan. Slalu orang kalau tgh sedih kecewa marah takda selera makan (yang sebagaimana aku selalu nmpk la) tp aku bernafsu makan tak kira masa. Tapi, disebabkan waktu tu aku kt opis, dan aku teringin sgt nak makan kek, aku kt opis, takda kenderaan, kedai kek pon aku tak tau kt mana, so aku pendamkan niat tersebut dengan menggoogle gambar2 kek dan secara tiba-tiba tanpa sedar aku telah menaip perkataan “jodoh” kt search engine tu. Agak tertarik dgn satu link ni, aku pon secara selamba mentadak klik link tu da walaaa..link tersebut adalah link kepada blog yg aku copy isi dalam dia.huuu

Eh, kenapa aku kecewa dan tetiba cerita pasal jodoh ni?? Sbb aku mmg tgh kecewa. Frust. Frust sbb orang yang aku suka da tunang. Sobs… Cemana aku boleh tersuka dia ek? Ntahla. Aku pon tak tau cane aku boleh suka dia sbb aku ni jenis yang susah nak suka kt lelaki. Tak caya? Boleh tanya akak aku, tak pon tanya Pqa(mak hayam) selama dia kenal aku dia penah nampak tak aku berboipren or menggedik dgn laki. Letak la laki nsem mana pon, aku susah nak ckp dia nsem sbb aku tak tau mana letak nsem dia tu. Tapi dia ni exception. Nak kata dia nsem, tak, biasa je. Even Pqa sendiri ckp dia tak nsem. Apa sbb ntah aku suka dia. Well, everything is about feelings and heart right? (Eh betul ke ayat aku ni?bukan hati bahasa omputih liver ke?)

Sambung… Aku suka dia dari skola. Ye dari zaman skola. Kami sama umur. Tp kelas lain2. Selama ni aku takda keberanian nak ckp aku suka dia sbb time skola dia kapel dgn kawan aku. (Takkan nak caras boipren orang kan? Kawan aku sendiri plak tu!) Bila aku masuk uni, aku dgr dia da clash dgn kawan aku tu. Walaupon tak patut dan tak baik doakan yang tak baik kt hubungan orang lain tapi aku happy giler bak hanggg~  tp masih tak berani nk ckp aku suka kt dia (what a loser…) sbb aku asih blom kompem yang perasaan suka aku kt dia tu suka as friend or suka as cinta or suka tgk je (alasan.huh!). kami masih contact with each other, wasap, fb, wechat, kengkadang mesej. Pernah gak bg hint ala-ala joking tp dia macam tak paham, takpun buat-buat tak paham takpun lambat pickup. Bila tanya taknak cari gepren baru ke, nak focus keje katanya. So aku pon senyapla. Takkan nak paksa orang. That time aku kompem yang dia masih single until that bloody day di mana aku mendapat keberanian nak ckp (atas sokongan dan galakan kawan aku) then aku pon ckp. Tapi tiba-tiba dia ckp dia da tunang. Sedih giler…. Tanya bila dia ckp kelmarin. Dengan sapa, dia ckp aku tak kenal. Bhaaaaaa…….gugur jantung aku baca msg je cmtu. That’s the end of our story. Ye, kami masih kawan. Plus dia sendiri ckp takkan tak nak kawan lagi hanya disebabkan satu ‘luahan perasaan’. Sedih. Memang sedih, kami masih contact each other, tp mungkin da tak sekerap dulu. Dia tunang orang skrg kot. Giler kau nak kacau tunang orang?? Mungkin jugak aku akan berhenti terus dari contact dia. Who knew? Kang mau tiba-tiba time aku msg dia time tu jgk la tunang dia ada kt sblh, tak pon baca msg dari aku kang ditanya siapa cane nak menjawab? Better safe than sorry bro.. And that’s the story of my heart yang macam ntah hape-hape. Bagi aku dia tetap kawan aku even tak contact lg. Prinsip berkawan aku satu je, sekali aku berkawan, kau tetap kawan aku walaupon bergaduh teruk tahap dewa skalipon, walau kau da putuskan hubungan dgn aku skalipon, walau kau da tak ngaku aku kawan skalipon, walau kau cari aku time ko susah je skalipon, aku akan tolong yang termampu, sbb kau kawan aku. So kalau engkau terbaca blog ni Mr High-School-Crush, ketahuilah bahawa kau tetap kawan aku even aku tak contact kau lg dan aku akan sokong kau tak kiralah apa pilihan kau buat dalam hidup kau sbb kau tetap kawan aku (walaupon sbnrnya aku harap sangat sangat sangat kau tak baca blog merapu ni.ahaks!~).

Ye. Mmg aku sedih, agak frust, tp da mmg bukan jodoh aku dgn dia, nak buat cane kan? Mungkin ada hikmah disebalik perkara ni terjadi? Kan ke Allah SWT da tentukan jodoh setiap hambaNya. Jadi tunggu jela. Kot jodoh aku dgn org yang dekat dgn aku jgk ke, tak pon org yg aku tak kenal tp tetiba tgh jalan belanggar dan ditakdirkan dia jodoh aku? Who knew? Bukan ke jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan? Jadi nak kecewa bagai nak rak buat apa? Takda gunanya. Aku sedih tp takda la sampai nak meratap waima menangis setitik airmata pon tak. Maknanya apa? Maknanya cari sendiri..huhu. Dala, aku da penat menaip. Nak sambung buat coding yang mengarut. Dala xampp da install uninstall install uninstall bnyk kali pon masih tak elok2 jgk ni. Esok nak present kt bos cane ni??? Gilerr btol.. Aku mmg fail bab database ni. tak tau cane dulu boleh lulus dengan jayanya(setelah amek dua kali.haha). Menyampah sampai satu tahap nak muntah ngadap mende ni. Mata plak da layu padahal baru lepas minum nescaffe baru tu. GRRRRRR!! Dala. Kbai.


*giler…gilerr..nescaffe baru tu sedap la weyh.siyes tak pait langsung.rasa cm gula2 kopiko capucino*

No comments:

Post a Comment